FIND RECIPES HERE

9 Oct 2013

MENGECAT STRIPES PADA WALL

Assalamualaikum everyone..

Kelakar pulak aku baca tajuk yang aku tulis kat atas tu.sekejap malay sekejap english.selang seli pulak.haha.tak kisah la.yang penting paham.wahaha.

Setelah menyimpan niat hampir setahun lebih untuk mengecat bilik aku, akhirnya pada dua minggu yang lepas tertunai jugak.(lama gler simpan niat) wahaha.dah lama dah memang nak cat bilik tapi nak start membuat tu yang yang payah.pikir 2,3 sepuluh kali nak cat tu.

Bukan senang nak cat ni,takkan nak main langgar je barang-barang dalam bilik aku tu..kena alih jugak.kang tak pasal-pasal jadi macam citer mr bean.abes dengan orang pun kena cat.ho3

aku pun google la camane nak matchingkan color kat dinding tu.Color sudah semestinya aku pilih purple kan,my favourite color.hehe.Pastu terjumpa la ada orang cat stripes.terus tersuka.why not kan aku buat jugak tapi pikir banyak kali gak sama ada nak buat ke tak sebab susah wo.kena ukur dulu.pastu kena lekat seletip satu2.

Tapi bila pikir-pikir balik mesti cantik kalau dah siap terus aku tekad nak buat jugak (padahal time tengah lekat seletip tu rasa nak nangis  sebab memang sangat leceh prosedurnya).wahaha.macam nak buat keputusan nak kawin jek aku ni,pikir dua tiga kali.:D.

Bayangkan dua hari, sabtu dan ahad je dapat siapkan mengecat.fuh.tu pun ade la orang tolong sikit sikit. Dah la kena undercoat dulu. Pastu lagi cat yang topcoat kena dua kali.fuh.memang penat gila babai.

Hari isnin pergi kerja sakit semua sendi-sendi tulang temulang aku. Siap dengan ngantuknya lagi..Meh aku tunjuk kecantikan stripes yang aku buat.wahaha

Before   
(ni top coat first layer sebab tu nampak 
 cat dia tompok-tompok)
                                                                     

Half siap


 Siap!!


Yang stripes ni aku buat sorang-sorang tau.hehe.(nak jugak cakap) :D 

*kepada sesiapa yang nak cat stripe ni kena ada tahap kesabaran yang tinggi ye.kalau tak maunya buat sekerat je.(bajet nak cakap aku ni penyabar sebenarnya.erk.perasan tak habis-habis :D)  

0 komen:

Post a Comment