RESEPI KEK GULUNG POLKA DOT

by Sunday, September 22, 2013 2 komen

Assalamualaikum ....

Minna san!Genki desu ka?? maksudnya..how r u? wohoho japon sangat aku harini.saje je speaking japon.kn 'pakwe2' aku NEWS tu japon.so kena la pandai gk japon2 ni.:D hm,lately aku sangat takde masa nak update kt blog kesayanganku ini.Balik keje mesti penat terlampau.padahal keje ofis je pn kn.ho3.takpelah. ni dah alang-alang ada mood nak menulis, aku nak share resepi kek gulung.

Actually banyak kali dah aku buat kek gulung ni.Akhirnya,setelah kali yang ke 4 dan ke 5 baru la menjadi.kalau tak before ni tak jadi nya kek gulung.jadi kek rata.uhuks.mana taknya part nak gulung tu mesti patah la,pecah la.tensyen2.rupa2nya aku bakar tak berapa nak masak,so kek lembut sangat.tu yang pecah tu.

okeyh,resepi ni originally adalah dari citarasawan.Tapi aku ada la ubah-ubah sikit ikut bahan-bahan yang aku ada.ho3.sejak terjebak dengan kek gulung ni baru aku tau banyak rupanya bahan-bahan yang tak berapa nak familiar.jenuh nak mencari kt supermarket.tak jumpa2.okey2.dah menyimpang 360 darjah ni.:D jom la ke resepinya ye.




KEK GULUNG POLKA DOT
Bahan-bahan 

Bahan A 
6 biji putih telur
4 sudu kecil gula halus
Bahan B
6 biji kuning telur
150g gula halus (gula pasir dikisar)
100g air
100g minyak masak
160g tepung gandum – ayak
2 sudu kecil esen vanila
Bahan C
Chocolate spread
Pewarna pink
 

Cara-cara
1.  Pukul bahan A hingga kembang dan bertanduk.Ketepikan bahan A.
2.  Untuk bahan B, pukul kuning telur dan gula hingga kembang diikuti air, minyak, esen  vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan A hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 4 sudu besar adunan (tambah pewarna pink).Masukkan  adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipekn ke atas loyang bentuk polka dot besar
4.  Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
          5. Tuang baki adunan ke atas motif polka dot, ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10 minit.
6.  Keluarkan dari oven dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar.Pastikan kertas minyak itu telah disapu marjerin/butter.Keluarkan kertas alas bawahnya.Terbalikkan semula dia atas kertas minyak lain (sudah disapu marjerin) supaya bahagian polka dot berada di bawah.
7.  Kemudian terus gulungkan sekali dengan kertas minyak.Biarkan sekejap dalam 1 minit dan buka balik gulungan. Sapu rata chocolate spread, kemudian gulung semula dengan perlahan-lahan.Pastikan gulungan padat untuk dapatkan gulungan yang cantik.Selamat mencuba!!:)




*sepatutnya adunan ni dapat 4 roll.tapi yang lagi satu roll dah dimakan habis  oleh kakakku.So tak sempat nak bergambar.:D

Pic kat bawah ni pulak masa cubaan yang ke 4.

~Kek gulung batik wif peanut butter filling~

Ayuni A

Author

Two things about me.Have a passion for food photography and treasure NEWS as my favourite band.

2 comments:

  1. weii..cantek nye kek ko nih..ko blaja mn ni?masuk kelas ek? ke ko jual ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuza! pe kabo?anak sihat?

      Tq2.hehe.aku belajar sendiri jek.tgk rsepi kat ternet.

      aku tak jual, saje2 buat jadi hobi.hehe

      Delete