FIND RECIPES HERE

4 Aug 2013

RESEPI ROTI BUAH CAMPURAN & CHOCOLATE CHIP

Assalamualaikum..

Wah dah lama betol tak mengupdate. Al-maklum la bz dengan kerja baru.Takpe,lain kali aku citer cane aku menyesuaikan diri kt tempat kerja baru sebab kali ni aku nak kongsi resepi dgn korg.Lama dah aku buat roti ni rasanya minggu lepas.Hari ni baru sempat nak menulis kt sini.Actually aku baru beli loyang yang kecik size lebih kurang dengan size roti sandwich.Excited giler time nk buat.hehe.Memang dah lama aku nk try buat roti bentuk mcm roti sandwich gardenia tu.So ni la hasilnya bila dah jadi roti.Resepi ni macam biasa aku cedok dari JMC.Ok.Jom tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan 

250 gram tepung roti
1 biji telur
150ml susu segar ( susu kotak dutch lady perisa coklat)
30 ml air panas
1 ½ sudu kecil yis mauripan
3 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
¼ sudu kecil garam
3 sudu besar water roux 

Sedikit coklat chip dan buah campuran kering
 
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali coklat chip dan buah campuran kering ke dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut ye (kira-kira 20-25 minit)
  2. Bila doh dah lembut dan elastik, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu,jgn lupa sapukan dalam plastic dengan sedikit marjerin, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit). Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua adunan dan buatkan bentuk menjadi bulat.Campurkan satu adunan dengan buah campuran kering dan satu lagi adunan dengan coklat chip.Uli sehingga betol-betol sekata.
  4. Selepas itu,letak kedua-dua adunan sebelah menyebelah di dalam loyang .Biarkan doh naik selama lebih kurang 30 minit.Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.Jangan lupa panaskan oven selama 10 minit dengan suhu yang sama.
  5. Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat. 
  6. Potong roti sandwish ikut suka hati,asalkan tak terlalu nipis nanti pecah, bentuk jadi tak cantik.Gunakan pisau yang tajam untuk potongan yang lebih cantik (tetibe jadi pakar memotong pulak):D.
Ok.Dah siap dan boleh dimakan bersama mak, ayah, kakak,atuk,nenek,nenek saudara,sepupu sepapat,dua pupu dan seterusnya.:D



   Nyum nyum.Sedap hingga menjilat jari.

0 komen:

Post a Comment