FIND RECIPES HERE

25 Jul 2013

RESEPI ROTI MARBLE

Assalamualaikum...

Hari ni aku pergi kerja mengantuk tahap gaban.Ni sume sebab buat roti marble malam tadi. Sampai pukul 1 pagi wo.naseb baek ade si monyet temankan aku.syg monyet :x . Sebenarnya ni adalah 2nd time aku buat roti marble.Yg 1st memang jadi cuma saiz roti dia kecik sikit. So malam tadi aku ingat nak buat lagi sekali sebab tiba-tiba rasa teringin nak buat pulak.Kalau dah teringin tu tak boleh nak tahan-tahan dah.ehe.Buat roti marble ni complicated sikit sebab tu ambik lebih masa la nak siapkan. Resepi lebih kurang je dengan Resepi bun manis bergula.Cuma penghujungnya tu ada la kena pusing-pusing sikit tuk buat corak marble.Asal usul resepi ni pn dari JMC jugak.Jom tengok bahan-bahan dan cara buatnya.

Bahan-bahan

150 g tepung roti 
25g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil flavour
3/4 biji telur (kacau sedikit)-simpan lebihannya untuk gliss
1 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil garam
satu 1/2 sudu kecil yis
80 ml air suam
satu 1/2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

~gliss- telur yang lebih tadi dicampur dengan sedikir susu+air
~Untuk yang ni takde topping,kalau korg nak tabur gula pn boleh.

Cara buat doh
  1. Mula-mula aku masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali garam.Garam masukkan lambat sedikit .Uli doh sehingga doh tidak melekat ditangan kira-kira 15 minit.
  2. Setelah menjadi doh, ambik plastik bersih dan masukkan doh dalam plastik.Ramas beberapa minit lebih kurang 5 minit dan keluarkan dari plastik then uli semula sekejap je dalam 2 minit.Doh akan jadi lebih lembut.
  3. Selepas itu buat doh jadi bentuk bulat besar, perap doh selama lebih kurang 40 minit atau satu jam.sampai doh naik.Jangan lupa tutup bekas adunan dengan plastic wrap.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin dan uli sekejap dalam 2 minit.
  5. Disebabkan loyang aku agak besar,aku perlukan dua doh marble yang berasingan.

  6. Bahagikan doh kepada dua bahagian.Setiap bahagian pula bahagi kepada 3 bebola kecil.Ambik satu bebola dan campur dengan koko yang dah dibancuh dengan air tadi. Uli sehingga koko betul-betul sudah sebati dengan doh.Ambik pula lebihan dua bebola tadi dan satukan. Buat cara yang sama menggunakan satu lagi bahagian doh.Click here untuk cara-cara memarblekan doh. 
  7. Kemudian,sapu marjerin pada loyang,masukkan kedua-dua doh marble dalam loyang, biarkan naik dua kali ganda (lebih kurang 30 minit)
  8. Gliss permukaan bun dengan campuran telur. Akhir sekali, bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang.Jangan lupa panaskan oven dulu selama 10 minit pada suhu yang sama.
  9. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.Roti ini pn paling sedap dimakan bersama air milo panas.Aku ni asyik milo je.ho3,sebab milo feveret aku.:D ~o)



 Walaupun tak berapa cantik tapi rasanya sedap dan teksturnya gebus.:D

0 komen:

Post a Comment