FIND RECIPES HERE

20 Jul 2013

RESEPI BUN MANIS BERGULA

Assalamualaikum...kali ni adalah entry resepi.Aku dulu takdela terpikir nk buat roti meroti ni,tp sejak tgk bun-bun yang sedap dan gebu yang kak ros buat kt JMC barulah aku sedar aku suka makan roti dan aku pn suke meroti (singkatan membuat roti-kes malas taip pjg2 ).kire ade bakat terpendam la aku ni.ehehe terperasan la pulak.so harini aku nk share resepi yang aku cedok dari Bun manis butterscotch JMC n aku ade la ubah sikit-sikit ikut kesesuaian keadaan bun yang aku buat.Actually bun yg ni adalah percubaan kedua .First try pnye dpt bun keras. kering sekering-keringnya.time tu aku gi tmbh tepung bnyk-bnyk sbb dpt doh lembik.sebenarnya doh lembik tu sebab terlebih air.biasela budak baru belajar.ehehe.mmg last2 buang jela.membazir je kn.hm nk wt cne, nk bg ayam pn nti kang tercekik pulak ayam mak aku tu.eh lpe pulak ayam kt umah aku sume dah xde.pupus dah.okey sudah. fokus kepada resepi.


*bentuk bun aku tak cantik sebab time ni tak reti nak buat
bentuk bulat  lagi tapi yang penting rasanya sedap 
dan gebu.erk.perasan lagi :D


Bahan-bahan

150 g tepung roti 
25g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil flavour (apape flovour pn boleh.aku guna vanilla)
3/4 biji telur (kacau sedikit)-simpan lebihannya untuk gliss
1 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis (ambik yang kering je,tak payah campur dengan air)
120 ml air suam (doh yang ni lembik so seeloknya guna 80 ml shj)
satu 1/2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula

~gliss- telur yang lebih tadi dicampur dengan sedikir susu+air
~topping- sedikit gula pasir

Cara buat doh
  1. Disebabkan aku takde breadmaker, aku uli guna tangan je...pastikan tangan dah dicuci sebersih-bersihnya.kang nanti xpasal-pasal keracunan makanan pulak.erk.mula-mula aku masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali garam.garam masukkan lambat sedikit sebab ade aku baca garam tak boleh bercampur direct dengan yis nanti yis terbantut.uli doh sehingga doh tidak melekat ditangan.aku uli kira-kira 40 minit sebab doh aku lembik,aku ingtkan makin lama makin mengeras upenya tak.so korg bole la uli min kira-kira 15 minit je.
  2. Setelah menjadi doh, ambik plastik bersih ( aku guna plastik biase yang guna kt kantin sekolah bungkus makanan tu) dan masukkan doh dalam plastik.disebabkan plastik kecik,aku divide dua la doh tu.Ramas beberapa minit lebih kurang 5 minit dan keluarkan dari plastik then uli semula sekejap je dalam 2 minit.doh akan jadi lebih lembut.
  3. Selepas itu buat doh jadi bentuk bulat besar, perap doh selama lebih kurang 40 minit atau satu jam.sampai doh naik.jangan lupa tutup bekas adunan dengan plastic wrap.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin, uli sebentar selama 5 minit. Selepas itu  bahagi doh pada beberapa bebola kecil ( aku dapat 6 ), sapu marjerin pada loyang,susun dalam loyang, biarkan naik dua kali ganda (lebih kurang 30 minit)
  5. Gliss permukaan bun dengan campuran telur dan susu tadi dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 160 darjah selama 10 minit atau sehingga permukaan bun perang.Jangan lupa panaskan oven dulu selama 10 minit pada suhu yang sama.
  6. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.Paling sedap dimakan bersama air milo panas.~o)

 *tak sempat nak ambik gambar bnyk-bnyk sbb hp menghilang tah kemana n mak abah,akakku  dah nk ngap bun tu.hehe 

0 komen:

Post a Comment