FIND RECIPES HERE

22 Jul 2013

KERJA BARU

Assalamualaikum semua...

Actually aku tengah menghitung hari.menghitung hari untuk ape?ha ni aku nak habaq ni.aku sekarang kerja kt shah alam.Aku dah dapat job offer kt port klang and aku dah terima pun offer tu.Actually ada dapat offer lain, tapi aku pilih yang kat port klang ni..tanggal 2 july yang lepas, aku dah bagi surat resign kt bos aku yang iaitu general manager.

hm,ape reaksi bos aku?hampeh.kecewa daku.(baru ingat nak mintak naik gaji)haha berangan.kalau dapat naik gaji pun aku still nak mengundurkan diriku.Bukan ape, susah bila kite kerja dengan bos yang tak tahu menghargai pekerjanya.Walaupun aku rasa aku dah buat multitasking yang teramat la banyak dengan gaji memang hampeh (saje je bold kan)haha,  bos aku still tak menghargai jugak.Yang aku tak puas hati ni bos aku melayu.bos melayu ok.sepatutnya melayu dengan melayu concern la sikit kn. Tapi yang ni adalah sebab sampingan je,kalau nak tau sebab utama aku cepat-cepat nak tukar kerja adalah sebab diganggu oleh manusia yang tah pape.Nanti aku buat entry lain pasal benda ni..

Sebenarnya aku bukannya tak bersyukur.aku sangat-sangat bersyukur mendapat kerja kat sini setelah setahun menganggur walaupun dah attend berbelas-belas interview.dah memang rezeki aku kat sini kn.Tapi kite kena majukan diri kita jugak,takkan nak duduk kat takuk lama sampai bile-bila.Kita kena usaha tuk dapatkan hidup yang lebih baik.Sebab tu aku cari kerja yang boleh bagi gaji yang lebih tinggi, company yang lebih kukuh untuk menjamin masa depan aku.(apesal tetibe terserius pulak ni)ehe. Tahun ni umur pn dah 25 (alamak terbagitahu umo pulak)ehehe.dah tua ok.bagi perempuan kalau masuk 26 tahun dah kira tua.Lelaki masuk 30 tahun pn org anggap still muda lagi.tak aci btol.huk3.diskriminasi.okey sambung psal tadi.

Macam akak aka officemate aku cakap, kita tak boleh lari dari masalah kat tempat kerja.walaupun dah tukar kerja,tempat kerja baru mesti ada masalah lain pulak yang datang.( ni kes nak brainwash aku la tu tak nak bagi aku resign)yes,btol.aku setuju.Memang kite kena hadapi semua tu.Tapi tak salah kan kita nak mencuba.Mane la tau tempat lain lagi sesuai untuk kita.Lgpn sebenarnya banyk sebab kenapa aku nak berhenti kerja kt sini.pnjg citernye.eh tetibe jd secretive pulak.ehe.Takpe lain kali aku citer.Ok sambung yang tadi,termasuk yang latest ni dah 20 interview aku gi.Walaupun dah hampir putus asa,kecewa, rase nak muntah interview banyak sangat, tapi Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak...

So korg-korg yang rasa down pergi interview sumenya jawapan mengecewakan, jangan putus asa.Mungkin belom masanya korg keluar dari kerja sekarang.kalau korg dah putus asa,memang tak kemana.Banyakkan bersabar.Memang ade hikmahnya dugaan yang kite dapat ni.Insyaallah.Ni semua dari pengalaman aku la yang pernah menganggur setahun.Aku ni cuma setahun je.(Walaupun memang dah stress yang amat sangat sebab tak dapat kerja.).Ramai lagi yang mengganggur bertahun-tahun.

Senang citer,kena sentiasa ingat sabar itu pahala.ok? And tak lupa kepada my best buddy zyrazain
banyakkan bersabar ek.aku phm sgt perasaan ko.:)haha macam buat ucapan pulak.kekeke /bye

2 comments:

  1. tahniah.. Insyaallah rezeki aku akn muncul x lama lg.. thanks sebab ko selalu bg support.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah..amin 😊

    ReplyDelete